Pedih atau
sakit ulu hati (heartburn) boleh memberi dua maksud. Yang pertama ia merujuk kepada rasa sakit di bahagian tengah perut yang berdekatan dengan dada. Ini merupakan gejala yang mungkin menandakan beberapa jenis penyakit yang berbeza. Maksud kedua yang dibawa istilah pedih ulu hati ialah merujuk kepada kondisi “Gastroesophageal Reflux Disease” atau lebih dikenali sebagai GERD. Oleh kerana tiada istilah dalam Bahasa Melayu yang merujuk kepada penyakit ini, pedih ulu hati sering merujuk kepada GERD. Artikel ini akan memberi fokus kepada GERD. Sila berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai gejala seperti muntah darah yang tidak berhenti, muntah berdarah atau pendarahan dalam kandungan muntah, pendarahan najis apabila buang air besar, darah ini juga mungkin hitam dan sangat busuk,
sakit ulu hati masih ada walaupun telah mendapat rawatan pedih ulu hati. Turun berat badan yang tidak disebabkan diet atau turun secara mendadak juga perlu dirujuk kepada doktor.