1 Followers
27 Following
drjsa

Medical.ly

My biggest passion is to share medical knowledge with the world!

Apakah Punca Dan Gejala Batuk Kering

Tuberkulosis atau nama lain yang digunakan ialah batuk kering merupakan jangkitan kuman yang dikenali sebagai ‘Mycobacterium tuberculosis’. Paru-paru merupakan organ pertama dan utama yang menjadi sasaran. Namun, organ lain juga turut boleh dijangkiti kuman ini seperti otak, tulang belakang, sendi dan lain-lain. Jangkitan ini juga boleh menjangkiti golongan dewasa dan juga golongan kanak-kanak. Penyebab utama tuberkulosis ialah kuman ‘Mycobacterium tuberculosis’. Jangkitan ini merebak melalui udara. Apabila orang yang dijangkiti tuberculosis batuk, bersin atau meludah, jangkitan ini akan menular di udara dan menjangkiti orang-orang yang berhampiran yang sihat. Hal ini kerana batuk kering ini merebak melalui titisan air di udara. Apabila bakteria berjaya masuk ke dalam badan, ia akan terus ke paru-paru dan membesar di situ serta lama-kelamaan akan bergerak menerusi saluran darah ke tempat-tempat lain di badan.