1 Followers
27 Following
drjsa

Medical.ly

My biggest passion is to share medical knowledge with the world!

Apakah Penyebab Dan Rawatan Penyakit Kudis

Kudis buta atau ‘Scabies’ merupakan sejenis penyakit kulit yang mudah berjangkit di mana ia dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta. Penyebab utama penyakit ini adalah kerana jangkitan makhluk parasit iaitu“Sarcoptes Scabiei”, suatu organisma yang hidupnya menumpang pada makhluk hidup lain dan merugikan makhluk hidup yang ditumpangi. Kutu kudis ini bersaiz amat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Secara purata, bilangan kutu kudis yang boleh menyerang seseorang adalah dalam lingkungan 10-12 ekor. Penyakit kudis buta akan menyebabkan rasa kegatalan yang keterlaluan pada permukaan kulit. Kebanyakan simptom atau gejala jangkitan kudis buta ini adalah disebabkan oleh tindak balas sistem imun seseorang individu terhadap kutu kudis ataupun terhadap telur, najis dan bangkai kutu kudis tersebut. Oleh itu, ruam dan rasa kegatalan yang timbul pada permukaan kulit sebenarnya berpunca daripada reaksi alahan badan terhadap kutu kudis. Seseorang individu boleh dijangkiti dengan penyakit kudis buta apabila terdedah kepada kutu kudis ini walaupon dalam tempoh masa yang singkat, iaitu hanya dalam 15-20 minit. Jika terdapat bilangan kutu kudis yang sangat banyak pada permukaan kulit individu yang terjejas seperti luka, maka transmisi kutu kudis antara kulit boleh berlaku dalam jangka masa yang sangat cepat. Kutu kudis juga boleh merebak melalui perkongsian barangan peribadi seperti tuala, cadar, selimut dan pakaian antara seorang individu yang terjejas dengan yang lain dan kebiasaannya boleh dilihat di asrama. Malah, kutu kudis juga mampu merebak melalui patung-patung permainan kanak-kanak dan sesetengah alatan perabot. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti ini, segera rujuk kepada doktor. Jangkitan akan disahkan melalui beberapa ujian makmal seperti ujian darah, pengimejan, dan penggunaan kamera untuk melihat saluran pernafasan.