Hipotensi atau lebih dikenali sebagai tekanan darah rendah merupakan sebuah keadaan di mana tekanan darah dalam arteri menjadi rendah lebih daripada normal. Hal ini boleh diakibatkan oleh pelbagai faktor dan sekiranya tidak dirawat dengan segera boleh mendatangkan keadaan yang tidak diingini. Penyebab
hipotensi yang utama ialah kekurangan darah dalam badan yang boleh mendatangkan sebuah keadaan yang dinamakan hipovolemik. Hal ini jika berlarutan boleh mendatangkan maut kepada pesakit. Oleh itu, ianya harus dengan segera dirawat dengan menambahkan darah kepada pesakit. Selain itu,
hipotensi juga boleh disebabkan oleh saluran darah yang telah berkembang. Hal ini boleh mengakibatkan darah mengalir di saluran tersebut pada kadar yang perlahan serta mengakibatkan tekanan darah rendah. Hal ini kemugkinan besar boleh diakibatkan oleh sesebuah ubat yang dapat memberikan kesan-kesan tersebut kepada saluran darah. Di samping itu, sekiranya seseorang itu mengalami masalah jantung juga boleh mengakibatkan masalah
hipotensi atau tekanan darah rendah ini. Hal ini kerana jantung mempunyai masalah dan mengepam darah kepada badan dalam kadar yang rendah justeru mengakibatkan hipotensi. Seterusnya, hipotensi atau tekanan darah ini juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan. Ubat yang dimaksudkan tersebut mempunyai ciri-ciri mengembangkan saluran darah untuk perlahankan aliran darah tetapi sekiranya aliran darah tersebut menjadi terlebih perlahan maka ianya akan mendatangkan masalah seperti tekanan darah rendah. Sehubungan dengan itu, penyakit seperti anemia atau kekurangan sel darah merah dalam badan juga boleh menjadi penyebab bagi masalah tekanan darah rendah ini. Hal ini kerana darah kita kekurangan sel darah merah dan justeru hilang potensi untuk memberikan oksigen yang secukupnya kepada organ dalam badan. Hal ini jika berlarutan akan menurunkan tekanan darah kita.